About Us

about us

Di Musafir Explore Travel, kami percaya bahawa setiap perjalanan bukan sekadar bercuti, tetapi sebuah pengalaman yang akan menjadi kenangan indah.

Dengan pengalaman mengurus pelancong individu, keluarga, pasangan, syarikat, sekolah, sehingga rombongan besar, kami sentiasa mengutamakan pelayanan yang profesional, komunikasi yang jelas, serta layanan yang mesra dari awal pertanyaan sehingga perjalanan selesai.

Kami menyediakan Ground Package yang lengkap meliputi hotel, pengangkutan, pemandu pelancong, tiket lawatan, makanan halal, serta itinerary yang fleksibel mengikut keperluan setiap pelanggan. Semua perjalanan dirancang dengan teliti supaya pelanggan dapat menikmati percutian tanpa perlu risau tentang urusan perjalanan.

Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Oleh sebab itu, kami terus berusaha memberikan layanan yang jujur, harga yang telus tanpa kos tersembunyi, serta pengalaman percutian yang selesa dan berkualiti.

Bersama Musafir Explore Travel, kami mengajak anda menikmati keindahan Indonesia dengan layanan yang profesional, mesra, dan boleh dipercayai.

Komitmen Kami untuk Setiap Perjalanan

Misi & Visi

Misi

Memberikan pengalaman perjalanan yang selesa, aman, dan berkesan melalui layanan yang profesional, harga yang telus, serta itinerary yang fleksibel sesuai keperluan setiap pelanggan.

Kami berkomitmen menghadirkan Ground Package dan Private Trip berkualiti di berbagai destinasi terbaik di Indonesia, dengan pelayanan yang mesra sejak pelanggan membuat pertanyaan sehingga perjalanan selesai.

Visi

Menjadi perusahaan tour & travel terpercaya yang menjadi pilihan utama wisatawan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, dan negara lainnya untuk menikmati keindahan Indonesia.

Kami ingin dikenal bukan hanya kerana destinasi yang indah, tetapi juga kerana pelayanan yang jujur, berkualiti, dan pengalaman perjalanan yang memberi kenangan terbaik kepada setiap pelanggan.

Setiap perjalanan adalah amanah. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami, dan setiap kenangan indah yang tercipta menjadi inspirasi untuk terus memberikan layanan yang lebih baik.

Muslim Friendly

Pilihan restoran halal, waktu solat yang diperhatikan, dan perjalanan yang selesa untuk keluarga Muslim.

Ground Package Lengkap

Hotel, transportasi, makan, tiket lawatan, ferry, driver dan tour guide dalam satu pakej.

Itinerary Fleksibel

Jadual perjalanan boleh disesuaikan mengikut keperluan, bajet, dan masa percutian anda.

Dipercayai Pelanggan

Telah melayani wisatawan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, serta rombongan keluarga dan syarikat.

Layanan Profesional

Kami mengutamakan pelayanan yang mesra, cepat, dan profesional dari awal hingga perjalanan selesai.

Berpengalaman

Tim kami berpengalaman mengurus perjalanan individu, keluarga, syarikat, dan rombongan besar ke berbagai destinasi di Indonesia.

Harga Telus

Tiada kos tersembunyi. Semua harga dijelaskan dengan jelas supaya pelanggan dapat membuat keputusan dengan yakin.

Customer Support

Tim kami sentiasa bersedia membantu melalui WhatsApp sebelum, semasa, dan selepas perjalanan.